THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 16 September 2009

Gembira plus Berduka!

Gila bahagia aku bila dah habes exam! Tadi paper last iaitu Biology 3. Paper Bio sgt best sebab aku dah hafal sumua experiment yang terlibat dalam paper tuu . Sebenarnya aku dan kawan2 hanya saje2 buat target. Tak sangka boleh keluar pula sebiji dalam exam tadi. Dua2 experiment yang aku target tu pula benar2 kelur. So, jawab sambil senyum saje lah. Kawan2 lain pun sama .

Lihat ni aku rasa macam nak lompat2 je macam budak kat atas tu. Tapi.. Sedih pula sebab hari dapat paper physics1.. Dapat 37 over 50 je? Arghh tension sebab markah jatuh.. Hmm tah mana silapnya aku.. Agak susah lah nak dapat A1 macam ni sebab kertas2 n kertas3 tah pape jek aku jawab. Soalan spot boleh tak keluar. Boleh mengalami hypertension macam ni. Huhu..

Hmm dah nak raya pun.. di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua umat islam yang akan merayakannya. Jemput2 lah datang ke rumah. Bawa kuih sendiri, air sendiri.. Kalau nak duit raya, bawalah sendiri juga. Haha..

Baju raya. Upss last year punya. hehe

Selasa, 8 September 2009

Erk! Alhamdulillah..

'Hah? Soalan apa ni?' Aku bermonolog. Aku garu kepala yang tak gatal. Gila punya soalan! Waktu semakin pantas berlalu aku masih lai terpinga2. Ish, mati aku! "Sana sikit tak leh ke beb, jalan punyalah luas kat sana tu..," Tak guna punya Napi, aku dah lah tengah blank ni.

"Ah, kau Napi.." Aku diam. Malas lah nak gurau2 waktu ni.. Napi melulu turun tangga selepas keluar dari dewan peperiksaan. Macam budak2..

"Soalan tadi o.k tak Kym?" Ish kacau betul orang nak baca buku. "Eh, Sarah! Hmm tah lah.. k.o kot. Susah juga soalan.." Aku tak berminat lagi menghadap buku. Malas laa..

"Tulah.. Susahkan.. Saya boleh kira taw berapa banyak soalan je yang saya dapat jawab." Sarah mengambil tempat di sebelah aku.

"Entah. Yang dah lepas tu biar jelah. Sekarang focus je pada kertas dua.. Saya pun jawab separuh sedar. Saya mengantuklah. Rasa nak tidur je kat riba awak." Aku tersenyum. Lantas Sarah menyubit manja lengan aku. Aku gatal katanya. Ewah2 sesedap mulut je kata aku gatal. Yang kau cubit2 aku ni, tak gatal ke? Aku sekadar tersengih. Perempuan.. Biasalah.

Selepas menduduki kertas dua, aku rasa gila2 bersyukur punya segala apa yang aku hafal dan baca, keluar! Memang best! Lagi soalan esei. Boleh score lah ni. Harap2lah..

Isnin, 7 September 2009

Ah, TriaL!

Dengan cemerlangnya jayanya melepasi kertas agama. Lega.. tak ada apa2 masalah. Untuk kertas tersebut laa.. Tapi esok pula, kertas kimia. Aihhh tak tidurlah daku malam ni sebab study. Tulah jadi manusia yang rugi. Masa lapang suka sangat bazir masa dengan perkara2 yang tak berfaedah. Sekarang masa sempit, baru nak kesal.

Benarlah, "demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian" dan aku telah tergolong dalam golongan tersebut. Sungguh aku kesali. Tapi apa boleh aku lakukan. Berserah saja lah pada takdir. Berkali2 berjanji pada diri tidak mahu membazir waktu tapi, yang sama juga aku lakukan.

Membazir waktu melayan segala wanita2 dan sebagainya. Erk! Ada ke? Mana ada.. Eh, bohong! Adalah satu dua orang.. Tapi buakn nak kawan dengan aku pun, yelah aku nikan pemalas nak study.. Tak leh buat laki! Lalalala...

Apa? My Life, My Rule! Ada aku kisah? Mestilah ada! Masa depan aku tu.. (Sedar pun) Ahh!!!!

Ahad, 6 September 2009

Luahan Perasaan (Owh My Blog)

Perempuan suka luahkan perasaan. Biasalah tu.. Perasaan mesti diluahkan. Rasa tak puas hati, rasa sayang, rasa cinta, rasa benci mesti diluahkan. Biar orang tahu. Biar lega. Tapi.. Meluahkan perasaan biarlah pada tempatnya. Kan kaum hawa? Eh, kenapa tanya perempuan lagi?

Jawapannya senang. Memang perempuan suka luahkan perasaan kat blog. Lagi2 kalau ada 'cinta hati'. Ambil gambar dengan boy dia, peluk2 dan sebangainya kemudian 'post'kan di blog mereka. Cerita sikit pasal boy dia.. Rindu laa.. Sayang laa.. Cinta laa.. Lalala.. Yelah yang suka feel2 sukalah baca. Macam aku ni? Angkat kaki, bla dari blog tersebut.

"Blog aku, suka hati aku lah nak cerita apa pun. Yang kau sibuk apa hal?" Nilah alasan dia kalau di tegur. Baiklah sekarang ni blog aku. So suka hati akulah nak tulis apa pun. Yang kau sibuk apa hal? Puas! Maafkan aku ya wahai kaum hawa Aku tulis apa yang aku baca, apa yang aku lihat.

Baiklah bukan semua macam tu tapi sesetengah. Aku bercakap pasal yang sesetengah ni lah.. My Life, My Rule. This is my site, so this is MY RULE !

Sabtu, 5 September 2009

Perempuan minta 'couple'

Hah? Boleh ke macam tu? Boleh.. siapa cakap tak boleh . Dunia sekarangkan dah terbalik. Macam-macam dah berlaku. Nak kiamatlah katakan. Banyak tanda-tanda yang dah berlaku. Tanda-tanda kecil malahan tanda-tanda besar. Salah satu tandanya 'tajuk di atas'. Ye ke ? Kaum wanita, anda setuju?

Yelahkan.. Tak salah.. Lantak kau lah nak minta couple dengan siapa pun. Kalau minta couple dengan aku.. Harap maaf ler. Aku kurang gemar girl macam tu. Biarlah aku usyar kamu dulu. Tak sabar2 ke? Gedik semacam. Tolonglah ye kaum hawa.

Di sini bukan nak mengutuk, menghina, mencaci apa lagi mencela kerana aku juga pencinta wanita. Mari semua wanita rapat dengan ku! opss! keterlaluankah? Bukan aku nak berlagak, bukan aku nak bangga.. Tapi macam gedik lah gitu. Duduk diam2 lah. Tunggu aku usyar. Lalalala...

Suka hati aku lah. My Life, My Rule !! Setuju, tak? Geram, benci, suke? Meh luahkan suara hati anda!