THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 7 September 2009

Ah, TriaL!

Dengan cemerlangnya jayanya melepasi kertas agama. Lega.. tak ada apa2 masalah. Untuk kertas tersebut laa.. Tapi esok pula, kertas kimia. Aihhh tak tidurlah daku malam ni sebab study. Tulah jadi manusia yang rugi. Masa lapang suka sangat bazir masa dengan perkara2 yang tak berfaedah. Sekarang masa sempit, baru nak kesal.

Benarlah, "demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian" dan aku telah tergolong dalam golongan tersebut. Sungguh aku kesali. Tapi apa boleh aku lakukan. Berserah saja lah pada takdir. Berkali2 berjanji pada diri tidak mahu membazir waktu tapi, yang sama juga aku lakukan.

Membazir waktu melayan segala wanita2 dan sebagainya. Erk! Ada ke? Mana ada.. Eh, bohong! Adalah satu dua orang.. Tapi buakn nak kawan dengan aku pun, yelah aku nikan pemalas nak study.. Tak leh buat laki! Lalalala...

Apa? My Life, My Rule! Ada aku kisah? Mestilah ada! Masa depan aku tu.. (Sedar pun) Ahh!!!!

0 ulasan: